Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Faktor mempengaruhi keputusan pembelian harta tanah kediaman yang dimajukan oleh pemaju perumahan yang berprestasi : Iskandar Puteri, Johor

Abstract

dc:description.abstract

Reputasi pemaju yang baik mampu memberikan keyakinan kepada pembeli kediaman dan memberikan kesan positif ke atas harta tanah yang dijual. Akan tetapi, apabila pembangunan pesat berlaku, terdapat pemaju perumahan yang mengabaikan elemen pada reputasi mereka dan mengambil mudah kualiti perumahan yang dihasilkan. Malah, produk perumahan juga mengalami banyak kecacatan. Tambahan pula, strategi promosi dalam pemasaran yang digunakan oleh pemaju kurang berkesan menyebabkan pembeli ragu-ragu untuk memilih jenama mereka. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor keputusan pembelian harta tanah kediaman yang dimajukan oleh pemaju yang berprestasi dan mengkaji strategi promosi yang digunapakai oleh pemaju dalam meningkatkan penjenamaan syarikat. Iskandar Malaysia di Johor yang pesat membangun telah dikenalpasti sebagai kawasan kajian dengan mengambil kira kelebihan yang ada padanya berbanding negeri lain. Selain itu, sampel direka bentuk bagi menggambarkan keadaan sebenar populasi sasaran yang telah dikenalpasti. Seramai 400 responden di Iskandar Malaysia yang mewakili saiz sampel dan teknik pensampelan diaplikasikan dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah melalui pengedaran borang soal selidik dan temu bual. Maklum balas hasil soal selidik dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif. Temu bual dijalankan ke atas tiga orang pemaju perumahan di Iskandar Malaysia, Johor. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor fizikal yang terdiri dari lokasi, reka bentuk dan kemudahan asas merupakan faktor pemilikan kediaman yang mempengaruhi keputusan pembeli dalam pemilihan rumah. Selain itu, melalui jualan langsung, publisiti dan pengiklanan serta aplikasi teknologi pemasaran hartanah merupakan strategi promosi yang dapat menarik minat pembeli dalam penjualan kediaman. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini dapat membantu pemaju untuk menaik taraf mutu jenama dan reputasi mereka sejajar dengan jenama pemaju yang berprestij dalam industri harta tanah kediaman.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2020

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Supian, Nur Suhaibah

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Supian, Nur Suhaibah. Faktor mempengaruhi keputusan pembelian harta tanah kediaman yang dimajukan oleh pemaju perumahan yang berprestasi : Iskandar Puteri, Johor. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2020.