Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Hubungan tekanan kerja dan kecerdasan emosi dengan komitmen kerja dalam kalangan pegawai polis di batalion 6 PGA Muar Johor

Abstract

dc:description.abstract

Kerjaya kepolisan adalah kerjaya yang memberikan tekanan kerja kepada pegawai polis kerana melibatkan tugasan yang mencabar mental, fizikal dan keselamatan diri. Kecerdasan emosi pula dikatakan sebagai faktor yang diperlukan dalam memastikan komitmen kerja yang cemerlang. Maka, objektif kajian ini adalah mengenal pasti tahap tekanan kerja pegawai polis di Kem Bn.6 PGA, mengenal pasti tahap kecerdasan emosi pegawai polis di Kem Bn.6 PGA, mengenal pasti tahap komitmen kerja pegawai polis di Kem Bn.6 PGA, dan mengenal pasti hubungan di antara tekanan kerja dan kecerdasan emosi dengan komitmen kerja pegawai polis di Kem Bn.6 PGA. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pensampelan secara rawak mudah. Kaedah ini digunakan dengan memilih secara rawak responden dari populasi iaitu seramai 400 pegawai polis. Sampel yang diambil adalah seramai 196 orang di Kem Batalion 6 PGA Bakri, Muar, Johor. Hasil kajian ini memerihalkan bahawa tahap tekanan berada pada tahap sederhana manakala komitmen dan kecerdasan emosi berada pada tahap tinggi. Seterusnya bagi objektif keempat, hasil kajian menunjukkan tekanan kerja dan kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang signifikan terhadap komitmen kerja. Implikasi kajian mendapati bahawa pihak organisasi perlu mementingkan faktor intrinsik kepada pekerja, perlu menjelaskan peranan pekerja dalam organisasi, perlu menyediakan pembangunan kerjaya kepada pekerja serta pihak pekerja dan pengurusan perlu mempunyai perhubungan yang positif. Kajian lanjut boleh dijalankan di cawangan balai polis yang lain serta melibatkan hubungan faktor demografi terhadap tekanan, kecerdasan emosi dan komitmen kerja.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2021

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mejah, Mohd Hafizuddin

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mejah, Mohd Hafizuddin. Hubungan tekanan kerja dan kecerdasan emosi dengan komitmen kerja dalam kalangan pegawai polis di batalion 6 PGA Muar Johor. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2021.