Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pola hubungan sosial rentas etnik dalam kalangan belia: Kajian kes di Pasir Gudang, Johor

Abstract

dc:description.abstract

Golongan belia berada dalam fasa kerapuhan identiti yang menyebabkan mereka sering terlibat dalam tingkah laku yang menyentuh isu sensitiviti etnik. Maka, hubungan sosial rentas etnik dalam kalangan belia perlu sentiasa dipantau kerana mereka adalah pewaris masa hadapan negara. Hubungan sosial rentas etnik dalam kajian ini diteliti menggunakan konsep modal sosial (social capital). Terdapat empat objektif dalam kajian ini iaitu, i) mengenal pasti pola hubungan sosial rentas etnik berdasarkan modal sosial ikatan dalam kalangan belia di Pasir Gudang, ii). mengenal pasti pola hubungan sosial rentas etnik berdasarkan modal sosial rapatan dalam kalangan belia di Pasir Gudang, iii) mengenal pasti pola hubungan sosial rentas etnik berdasarkan modal sosial jaringan dalam kalangan belia di Pasir Gudang, dan iv) mengenal pasti pola berpersatuan hubungan sosial rentas etnik dalam kalangan belia di Pasir Gudang. Kajian ini didasari dengan teori strukturasi yang dikaitkan dengan teori pilihan rasional berdasarkan hubungan etnik. Kajian ini melibatkan 362 belia (Melayu 60%, Cina 25% dan India 15%). Data diperoleh daripada pengedaran soal selidik yang dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23 dan SMART-PLS 3.0. Dapatan pola menunjukkan hubungan sosial rentas etnik berdasarkan modal sosial ikatan, rapatan dan jaringan terbina dalam kalangan belia pelbagai etnik di Pasir Gudang, Johor. Namun begitu, pola berpersatuan secara keseluruhannya hanya terbina dalam kalangan belia Melayu di Pasir Gudang. Pola modal sosial ikatan lebih terbina dalam kalangan belia Cina manakala modal sosial rapatan dan jaringan pula lebih terbina dalam kalangan belia India. Kajian ini mendapati belia Cina dan India lebih terbina hubungan sosial rentas etnik melalui aktiviti bersifat harian manakala belia Melayu lebih terbina hubungan sosial rentas etnik melalui aktiviti berpersatuan. Sumbang dan cadangan kajian lanjut disertakan dalam penulisan bab akhir kajian.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2020

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Abd Hamid, Aizathul Hani

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Abd Hamid, Aizathul Hani. Pola hubungan sosial rentas etnik dalam kalangan belia: Kajian kes di Pasir Gudang, Johor. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2020.