Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kemiskinan berterusan dalam kalangan masyarakat miskin berdasarkan dimensi indeks pembangunan manusia (HDI)

Abstract

dc:description.abstract

Kemiskinan adalah ketidakupayaan individu atau isi rumah untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan asas mereka. Akibat daripada kekangan sumber yang dihadapi masyarakat miskin membuatkan mereka sukar untuk mencapai taraf kehidupan yang sempurna, sehingga membawa kepada kemiskinan berterusan.Kebergantungan yang berterusan terhadap bantuan dari agensi pembasmian kemiskinan menyebabkan kemiskinan semakin sukar untuk dibanteras. Kajian juga telah membuktikan bahawa bilangan penerima bantuan bulanan untuk agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Johor semakin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor utama yang menjadi penyumbang kepada kemiskinan berterusan berdasarkan dimensi dalam Indeks Pembangunan Insan (Human Development Index, HDI). Penerima bantuan dari dua agensi pembasmian kemiskinan dijadikan sebagai responden dalam kajian ini menggunakan kaedah persampelan berkuota bagi memastikan 50 peratus responden dipilih mewakili setiap agensi. Temubual turut dilakukan untuk mengenalpasti inisiatif setiap agensi pembasmian kemiskinan untuk mengatasi masalah kemiskinan berterusan. Analisis Ujian Friedman dilakukan untuk membandingkan ketiga-tiga dimensi dalam mengenal pasti faktor utama yang menjadi penyumbang kepada kemiskinan berterusan. Hasil kajian mendapati peratusan masyarakat miskin yang diketegorikan sebagai miskin berterusan adalah kecil manakala, aspek ekonomi memperoleh pengkelasan nilai min paling tinggi dimana ia dikategorikan sebagai faktor utama penyumbang kepada kemiskinan berterusan. Kegusaran masyarakat miskin terhadap aspek ekonomi menyebabkan kebergantungan kepada bantuan saraan hidup dilihat secara berterusan. Bantuan dalam aspek ekonomi perlu diperkukuh supaya masyarakat miskin boleh terus bersaing dengan masyarakat setempat.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2020

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mohd Jazid, Amirul Iman

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mohd Jazid, Amirul Iman. Kemiskinan berterusan dalam kalangan masyarakat miskin berdasarkan dimensi indeks pembangunan manusia (HDI). masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2020.