Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pembangunan elemen multimedia berasaskan content dan context seni dalam PdP untuk pendidikan latihan teknikal dan vokasional

Abstract

dc:description.abstract

Elemen multimedia berasaskan content dan context seni adalah satu pembangunan kajian yang perlu ada di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Namun kurang kajian yang dilakukan terhadap content dan context seni dalam PdP untuk konteks Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembangunan elemen multimedia berasaskan content dan context seni dalam PdP untuk PLTV. Kajian ini adalah menggunakan rekabentuk kajian teknik Fuzzy Delphi. Pada fasa pertama pengkaji telah menjalankan temu bual tidak berstruktur kepada lima (5) orang pensyarah yang mempunyai kepakaran didalam bidang multimedia dan seni. Selepas mendapat dapatan daripada temu bual, pengkaji telah menjalankan analisis matrik untuk mendapatkan tema untuk membangunkan instrumen. Pada fasa kedua, seramai Sembilan (9) orang pakar telah membuat pengesahan terhadap item-item yang telah dikeluarkan dan pakar tersebut termasuk lima (5) orang pakar yang telah ditemu bual. Dapatan kajian telah dianalisis mengunakan Fuzzy Delphi Method untuk mendapatkan nilai purata m1, m2 dan m3, nilai ‘d’ Threshold value, konsensus 75% pengesahan kumpulan pakar dan Fuzzy Evaluation. Dapatan bagi Fasa pertama 80 item daripada 8 elemen namun di dalam elemen deria mempunyai tiga item yang telah ditolak namun peratusan keseluruhan elemen diterima. Seterusnya, keseluruhan elemen telah diterima oleh pihak kumpulan pakar bagi elemen emosi, subjektiviti, pelaksanaan, psikologi, konsep, persembahan dan peristiwa. Bagi implikasi dapatan ini dapat menyumbang kepada tenaga pengajar PLTV berbentuk garis panduan untuk pendidik. Kesimpulanya, pembangunan elemen multimedia berasaskan content dan context seni dalam PdP untuk PLTV perlu dilanjutkan untuk membuat garis panduan di dalam PdP untuk para pendidik pada masa akan datang.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2021

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Razali, Siti Soleha

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Razali, Siti Soleha. Pembangunan elemen multimedia berasaskan content dan context seni dalam PdP untuk pendidikan latihan teknikal dan vokasional. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2021.