Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pembentukan model struktur pengurusan aset tak alih di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor

Abstract

dc:description.abstract

Laporan Ketua Audit Negara tahun 2015, 2016 dan 2017 menunjukkan pengurusan aset dan fasiliti di Malaysia masih dalam proses penelitian dan pemerhatian kerana wujudnya elemen-elemen yang tidak memberangsangkan serta berpotensi untuk meningkatkan kos penyenggaraan sedia ada terutamanya di negeri Johor. Laporan Audit secara khusus dan keras menegaskan negeri Johor berhadapan dengan kelemahan pematuhan prosedur serta dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan projek sedangkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah pihak tunggal yang berkaliber untuk menguruskan aset fizikal awam dan fasiliti dalam proses menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada orang awam. Kesannya, berlaku pertambahan peruntukan belanjawan kerajaan selain kelewatan rakyat menerima servis sekaligus menjejaskan kualiti perkhidmatan yang bakal diterima. Hal ini jika tidak ditangani segera boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan yang baik kepada orang awam. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti faktor-faktor pengurusan sokongan aset tak alih di PBT negeri Johor, mengenalpasti hubungan antara pengurusan aset dengan kitar hayat aset tak alih di PBT negeri Johor; dan membentuk model struktur pengurusan aset tak alih bagi PBT negeri Johor. Penyelidikan dijalankan menggunakan kaedah triangulasi data yang melibatkan kajian literatur, soal-selidik dan temubual pakar berdasarkan kerangka teoritikal iaitu Model Umum Pengurusan Aset Menyeluruh yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Manakala, kaedah menganalisis data menggunakan dua teknik statistik yang telah diterima pakai, iaitu teknik statistik generasi pertama, Statistical Packages for the Social Sciense (SPSS) versi 20 dan teknik statistik generasi kedua, Structural Equation Modeling (SEM). Hasil kajian mendapati faktor pengurusan sumber manusia, pengurusan permintaan, pengurusan data dan pengurusan prestasi merupakan pembolehubah yang signifikan, berpengaruh dan penting bagi memastikan elemen kitar hayat aset khususnya elemen perolehan dapat dioptimakan. Berpandukan dapatan kajian, satu model struktur pengurusan aset tak alih dibentuk agar dapat menambahbaik kualiti pengurusan aset di PBT negeri Johor.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2020

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mohamed Abu Backer, Mohamed Ali

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mohamed Abu Backer, Mohamed Ali. Pembentukan model struktur pengurusan aset tak alih di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2020.