Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Model konsep pembangunan profesionalisme tenaga pengajar Kolej Vokasional Malaysia

Abstract

dc:description.abstract

Pembangunan profesionalisme tenaga pengajar Kolej Vokasional (KV) perlu seiring dengan transformasi pendidikan vokasional bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan berinovatif. Kajian ini mengkhusus kepada pembinaan Model Konsep Pembangunan Profesionalisme berdasarkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Analisis Keperluan Latihan (AKL) bagi tenaga pengajar KV. Pengumpulan data kajian melibat dua fasa iaitu fasa pertama (kaedah kualitatif) dan fasa kedua (kaedah kuantitatif). Menerusi fasa pertama data kajian yang diperoleh dari analisis dokumen, temu bual pakar dan dianalisis bagi tujuan meneroka sub elemen LDP yang diperlukan bagi pembangunan profesionalisme tenaga pengajar KV. Diperkukuhkan dengan persetujuan pakar menerusi dapatan analisis kebolehpercayaan Fliess Kappa berada pada tahap baik dengan nilai pekali 0.82 bagi elemen LDP dan 0.75 bagi AKL. Model pengukuran Rasch melalui perisian Winsteps 3.69.1.11 digunakan dalam analisis kajian rintis untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan responden yang mencatatkan nilai 0.98 manakala bagi item pula ialah 0.88. Seterusnya dalam fasa kedua, kajian melibatkan 351 orang tenaga pengajar KV seluruh Malaysia. Perisian Winsteps digunakan bersama perisian `Statistical Package for the Social Sciences` (SPSS) versi 20.0 bagi tujuan analisis data di peringkat kajian sebenar. Dapatan nilai min skor dan min ukuran (logit) menunjukkan sub elemen LDP sesuai dilaksanakan bagi program pembangunan profesionalisme tenaga pengajar. Dapatan analisis `Differential Group Functioning` (DGF) secara keseluruhannya menunjukkan ada perbezaan signifikan antara elemen LDP yang diperlukan oleh tenaga pengajar berdasarkan pengalaman berkhidmat. Hasil analisis `Multiple Regression` menunjukkan terdapat sumbangan antara elemen LDP dan AKL terhadap Standard Profesionalisme. Dapatan Analisis Komponen Utama `Principal Component Analysis` (PCA) menunjukkan sifat unidimensi setiap elemen telah dapat dibuktikan apabila setiap item yang dibentuk adalah bersifat tidak bersandar serta fit kepada model dan berdasarkan kriteria Model Pengukuran Rasch, maka Model Konsep Pembangunan Profesionalisme Tenaga Pengajar Kolej Vokasional Malaysia dapat dibentuk dan disahkan.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2016

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Bunimin, Johar

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Bunimin, Johar. Model konsep pembangunan profesionalisme tenaga pengajar Kolej Vokasional Malaysia. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2016.