Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Komitmen organisasi, kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pensyarah universiti di Kota Batam Indonesia

Abstract

dc:description.abstract

Universiti adalah salah satu tempat bagi meningkatkan kualiti sumber manusia. Pembangunan pendidikan dalam peringkat universiti di Kota Batam khususnya telah melibatkan pelbagai pihak iaitu pensyarah, universiti, masyarakat serta pelbagai organisasi pendidikan lain. Pencapaian prestasi sebuah universiti merangkumi prestasi para pensyarah mahupun pihak pentadbir yang terdapat di universiti dan menjadi penting untuk diperhatikan. Kurangnya kajian mengenai komitmen, kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pensyarah di peringkat Universiti. Kajian yang ada biasa ianya dilakukan di sektor syarikat sahaja, sehingga kajian ini perlu dilakukan dalam kalangan pensyarah di peringkat universiti. Objektif dalam kajian ini bagi memastikan hubungan dan sumbangan komitmen organisasi, kepuasan kerja dan prestasi kerja pensyarah. Data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik melibatkan sampel kajian seramai 179 orang pensyarah universiti di bandar Batam, Indonesia iaitu Universiti Putera Batam, Universiti Batam dan Universiti Riau Kepulauan. Data-data kajian dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian didapati bahawa, komitmen dan prestasi kerja, komitmen dan kepuasan kerja, kepuasan kerja dan prestasi kerja, komitmen dan kepuasan kerja terhadap prestasi kerja mempunyai hubungan positif dan signifikan. Hasil dapatan kajian dapat digunapakai sebagai acuan bagi keperluan institusi, akademisi, dan praktisi dalam membuat standar evauasi. Selain itu, bagi pihak universiti ianya perlu mengambil kira hubungan komitmen organisasi dan kepuasan kerja, kepuasan kerja dan prestasi kerja, serta komitmen organisasi dan prestasi kerja. Selain itu perlu pula mengambil kira hubungan komitmen organisasi dan kepuasan kerja terhadap prestasi kerja, dan faktor lain diluar kajian yang dijalankan seperti faktor demografi, kepengurusan, kepimpinan, budaya organisasi dan lain-lain.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2017

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Hasmurni, Hazriyanto

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Hasmurni, Hazriyanto. Komitmen organisasi, kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pensyarah universiti di Kota Batam Indonesia. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2017.