Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Potensi dan promosi pelancongan FITO di Taman Negara Johor Endau Rompin, Johor, Malaysia

Abstract

dc:description.abstract

Kajian ini menyediakan data untuk menyokong potensi pelancongan fito sebagai aset pelancongan alam semulajadi baharu khususnya di negeri Johor. Daripada 342 individu tumbuhan vaskular yang dipetakan di denai berukuran 2,176.20 x 10.0 m, 20 spesies berkarismatik telah diketengahkan sebagai produk pelancongan fito. Kumpulan tumbuhan terpilih ini merangkumi 13 spesies pokok, empat (4) tumbuhan memanjat, dua (2) spesies herba, dan satu (1) spesies pokok renek. Kriteria pemilihan merangkumi aspek keendemikan, kenadiran, tarikan morfologi, sifat dan tingkah laku istimewa, kaitan budaya masyarakat tempatan, keselamatan dan keternampakan. Maklumat berkaitan spesies tumbuhan terpilih ini seterusnya dirangkumkan ke dalam buku panduan pelancong dan papan tanda sebagai medium promosi. Konsistensi dan kebolehpercayaan soal selidik untuk meninjau kecenderungan dan kepuasan pelancong pula diuji menggunakan analisis Cronbach’s Alpha dengan dapatan nilai 0.932. Pengujian soal selidik ke atas 50 orang pelancong selepas melawati denai kajian mendapati elemen flora dipilih sebagai faktor motivasi utama lawatan ke TNJER manakala tumbuhan menumpang/simbiotik dipilih sebagai tumbuhan yang paling menarik perhatian. Ingin menemui spesies endemik iaitu Livistona endauensis dan merehatkan minda dipilih sebagai faktor tarikan dan faktor tolakan utama terhadap pelancongan fito. Responden turut sangat bersetuju bahawa medium pelancongan yang dibangunkan membantu meningkatkan kefahaman tentang kepelbagaian spesies tumbuhan. Pelancongan fito telah menambah variasi produk pelancongan alam semulajadi di negeri Johor dan dilihat berpotensi dikembangkan ke kawasan semulajadi yang lain disamping membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat tempatan, negeri malah negara.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2016

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mohamad, Salasiah

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mohamad, Salasiah. Potensi dan promosi pelancongan FITO di Taman Negara Johor Endau Rompin, Johor, Malaysia. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2016.