Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Amalan keselamatan makanan dalam kalangan pengendali makanan asrama dewan makan Kolej Vokasional, Johor

Abstract

dc:description.abstract

Amalan keselamatan makanan merupakan aspek penting dalam mengelakkan dan mengawal risiko penyakit bawaan makanan di premis makanan terutama di dewan makan asrama sekolah. Pengendali makanan merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memastikan makanan yang disediakan selamat dan bersih. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap, kreativiti dan inovasi terhadap amalan pengendali makanan. Hubungan amalan keselamatan makanan antara pengendali berdasarkan jawatan, pengalaman bekerja, menghadiri kursus pengendalian makanan turut dikaji. Persampelan bertujuan digunakan kepada 55 orang pengendali makanan yang bekerja di dewan makan lapan buah Kolej Vokasional Negeri Johor. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan senarai semak pemerhatian serta temubual berstruktur sebagai data sokongan. Data yang telah diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) 20.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, skor min dan sisihan piawai. Ujian Koefisien Pearson Korelasi digunakan untuk menentukan hubungan antara amalan pengendali makanan dengan jawatan, pengalaman bekerja dan hadir kursus pengendalian makanan dengan yang sebaliknya. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan, sikap, kreativiti dan inovasi pengendali makanan adalah tinggi. Ujian hipotesis menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan pengendali makanan dengan jawatan, pengalaman bekerja dan hadir kursus pengendalian makanan dengan yang sebaliknya. Disarankan, amalan keselamatan makanan dalam kalangan pengendali makanan perlu diberi perhatian dengan meningkatkan lagi pemantauan dalaman dan luaran supaya segala aspek panduan keselamatan makanan dipatuhi bagi mengelak berlakunya kes keracunan makanan.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2016

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Abdul Rahman, Abdul Wafi

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Abdul Rahman, Abdul Wafi. Amalan keselamatan makanan dalam kalangan pengendali makanan asrama dewan makan Kolej Vokasional, Johor. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2016.