Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam instrumen pentaksiran pembelajaran

Abstract

dc:description.abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Kajian ini juga melihat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item KBAT berdasarkan kepada kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 3 dan kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 5. Sebanyak enam persoalan kajian telah dibangunkan bagi mengkaji permasalahan kajian. Rekabentuk kajian ini melibatkan analisis deskriptif dan inferensi dalam bentuk tinjauan yang melibatkan data kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik berskala likert lima mata sebagai instrumen kajian. Seramai 161 sampel guru daripada 3 buah sekolah di daerah Muar, Johor terpilih menjadi responden dalam kajian ini. Model Pengukuran Rasch telah digunakan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian yang telah dibina sendiri. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item KBAT adalah berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 3 dan kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 5 terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan membina item KBAT. Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai satu garis panduan kepada guru-guru yang mengubal item pentaksiran dan program peningkatan profesionalisme guru di sekolah. Kajian lanjutan juga boleh dilaksanakan bagi memperbaiki kekurangan dalam kajian ini.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2016

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Othman, Afinde

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Othman, Afinde. Pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2016.