Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pembangunan kerangka amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan bagi taman rekreasi awam: kajian kes Taman Rekreasi Awam Muar

Abstract

dc:description.abstract

Taman rekreasi awam merupakan salah satu kemudahan fasiliti yang perlu disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan kepada komuniti sesebuah Bandar. Dalam Laporan Audit Negara, mendapati pada kebanyakan kemudahan awam Majlis Perbandaran Muar adalah tidak memuaskan dan mempunyai ruang untuk penambahbaikan di mana terdapat beberapa kelemahan yang menyebabkan kemudahan yang disediakan tidak boleh dimanfaatkan oleh orang awam. Antara kelemahan yang diperhatikan adalah beberapa jenis kemudahan awam serta komponennya tidak diselengggara dengan sempurna, penyediaan fasiliti awam yang tidak digunakan sepenuhnya oleh orang awam. Objektif kajian adalah mengkaji pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi awam yang digunapakai di Malaysia, mengkaji pelaksanaan amalan pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi awam di Muar dan membangunkan kerangka amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi awam di Muar. Oleh itu, kajian literatur dan kualitatif dijalankan melibatkan 10 responden kajian iaitu tiga pengarah dari Jabatan Landskap Negara, dua pegawai dari Majlis Perbandaran Muar dan lima pegawai dari Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Manjung dan Majlis Perbandaran Klang. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan Analisis Kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa enam elemen dapat dibangunkan dalam kerangka amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi awam di Muar iaitu model staf; matlamat, piawaian dan rekabentuk; penyelenggaraan staf; kemajuan staf; perancangan kemajuan; serta penyelenggaraan mampan. Kajian ini memberi kepentingan kepada Majlis Perbandaran Muar dalam meningkatkan amalan pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi awam di Muar yang memberi kepentingan kepada orang awam.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mohamed Mustafa, Suryanee Parvin

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mohamed Mustafa, Suryanee Parvin. Pembangunan kerangka amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan bagi taman rekreasi awam: kajian kes Taman Rekreasi Awam Muar. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.