Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kesediaan tenaga pengajar UTHM dalam melaksanakan Program 2u2i (2 tahun universiti, 2 tahun industri)
Abstract
dc:description.abstractDaya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak beberapa transformasi dalam bidang pendidikan. Sejajar dengan hasrat Lonjakan 1 PPPM(PT) dalam melahirkan graduan holistik, seimbang dan berciri keusahawanan, pendidikan fleksibel telah diperkenalkan melalui program 3+1 atau 2+2 dengan mengambil kira pembelajaran luar kampus atau berasaskan industri. Oleh itu, satu kajian telah dilaksanakan untuk mengkaji tahap kesediaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan sumber dikalangan tenaga pengajar dalam perlaksanaan 2u2i di UTHM. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dan infrensi dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik. Sampel kajian dilakukan di 5 fakulti berasaskan kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan di UTHM. Manakala kajian rintis dilakukan di 5 fakulti di UTEM. Manakala bagi kajian sebenar sampel kajian adalah sebanyak 217 responden daripada keseluruhan populasi berjumlah 521 orang. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 21.0 dan juga perisian winstep bagi menentukan purata skor min, min logit, dan untuk melihat hubungan antara setiap konstruk yang telah dibina. Secara keseluruhannya, hasil analisis data menunjukkan bahawa tahap kesediaan tenaga pengajar dalam aspek pengetahuan (min=2.83), kemahiran (min=3.43), sikap (min=3.53) dan sumber (min=3.13) adalah pada tahap yang sederhana. Manakala hasil dapatan daripada ujian inferensi mendapati bahawa terdapat hubungan yang singnifikan setiap konstruk iaitu pengetahuan dengan kemahiran (r=0.668,p=0.000), pengetahuan dengan sikap (r=0.225,p=0.001), pengetahuan dengan sumber (r=0.310,p=0.000), kemahiran dengan sumber (r=0.507,p=0.000) dan sikap dan sumber (r=0.441, p=0.000). Oleh itu kajian ini adalah sangat releven supaya pihak terlibat dapat mempertingkatkan tahap kesediaan tenaga pengajar berkenaan konsep perlaksanaan 2u2i agar program ini dapat berjalan lancar.
Degree
thesis:*- Name dc:type.qualificationname
- mphil
- Level dc:type.qualificationlevel
- masters
- Grantor dc:publisher.institution
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Year dc:date.issued
- 2019
Author and committee
dc:creator, dc:contributor.*- Author dc:creator
-
- Puat, Nurul Azwa
Subjects
dc:subject × 1Rights
- Language dc:language
- en