Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Potensi pelajar dalam kegiatan kokurikulum di Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Berasrama Penuh Negeri Johor

Abstract

dc:description.abstract

Kegiatan kokurikulum penting dalam perkembangan potensi pelajar dari segi memupuk integrasi nasional, membantu perkembangan hidup bermasyarakat dan membentuk jati diri pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti potensi pelajar dalam kegiatan kokurikulum di Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) negeri Johor. Kajian ini juga untuk mengenal pasti perbezaan persepsi antara guru dan pelajar terhadap potensi pelajar KV, SMK dan SBP dalam kegiatan kokurikulum serta perbezaan potensi antara pelajar KV, SMK dan SBP dalam kegiatan kokurikulum. Seramai 189 guru dan 419 pelajar dari KV Kluang dan KV Batu Pahat, 280 guru dan 632 pelajar dari SMK Senggarang, SMK Dato’ Bentara Luar dan SMK Tun Ismail serta 95 guru dan 298 pelajar dari SM Sains Batu Pahat dan SM Sains Muar telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis dapatan kajian menunjukkan potensi pelajar KV, SMK dan SBP dalam kegiatan kokurikulum adalah tinggi (M=3.90, SD=0.47) menerusi aspek pencapaian (M=4.00, SD=0.49), kehadiran (M=3.88, SD=0.68), penglibatan (M=3.86, SD=0.44) dan jawatan disandang (M=3.83, SD=0.61). Analisis lanjutan menggunakan ujian-t dan ANOVA untuk menguji hipotetsis. Dapatan analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan antara guru (M=3.88, SD=0.49) dan pelajar (M=3.91, SD=0.46) terhadap potensi pelajar KV, SMK dan SBP negeri Johor dalam kegiatan kokurikulum. Namun terdapat perbezaan potensi yang signifikan antara KV (M=3.81, SD=0.52), SMK (M=3.89, SD=0.42) dan SBP (M=4.04, SD=0.47) terhadap potensi pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Kajian ini juga mendapati perlaksanaan kokurikulum yang efektif memberi kesan terhadap peningkatan prestasi pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kumpulan pengurusan kokurikulum perlu lebih kreatif dan teliti dalam membuat perancangan kegiatan kokurikulum.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mohamad Sari, Nurshaidah

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mohamad Sari, Nurshaidah. Potensi pelajar dalam kegiatan kokurikulum di Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Berasrama Penuh Negeri Johor. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.