Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Hubungan antara kecerdasan emosi dengan komitmen Guru Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional di Daerah Batu Pahat

Abstract

dc:description.abstract

Guru merupakan aset yang terpenting yang diperlukan oleh negara. Mereka memainkan peranan yang penting dalam melahirkan modal insan yang berpengetahuan, bersahsiah, berakhlak mulia, berdedikasi, berketrampilan, dan berdisiplin. Walau bagaimanapun, terdapat ramai guru yang mengalami tekanan yang tinggi menyebabkan mereka mengalami masalah di sekolah dan seterusnya mengakibatkan komitmen kerja mereka turut terganggu. Sehubungan itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dan tahap komitmen dalam kalangan guru mata pelajaran Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di daerah Batu Pahat. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan antara kecerdasan emosi dan komitmen bagi guru mata pelajaran PTV. Bagi mencapai objektif dan matlamat kajian, kajian ini dijalankan dengan menggunakan tinjauan kuantitatif. Penyelidik telah menggunakan soal selidik bagi memperoleh data dariapada sampel. Seramai 114 orang guru yang mengajar mata pelajaran PTV telah dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan yang diperolehi dianalisis dalam bentuk statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 21.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru mata pelajaran PTV di daerah Batu Pahat mempunyai tahap kecerdasan dan tahap komitmen adalah berada pada tahap tinggi. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dan komitmen guru dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran PTV. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan tahap kecerdasan emosi dan komitmen guru PTV. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan tahap kecerdasan emosi dan komitmen guru PTV. Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada penyelidik akan datang, guru dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mohamad Noor, Noorsyafiqah

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mohamad Noor, Noorsyafiqah. Hubungan antara kecerdasan emosi dengan komitmen Guru Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional di Daerah Batu Pahat. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.