Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kesedaran kognitif dalam aplikasi reka bentuk antara muka bagi pemantauan penyelenggaraan

Abstract

dc:description.abstract

Kesedaran Situasi adalah keupayaan manusia untuk mengenal pasti, memproses, dan memahami maklumat berkenaan bagaimana untuk bertahan dalam keadaan kecemasan. Lebih mudah, ia untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di sekeliling anda. Ia dinamik, sukar dikekalkan, dan mudah hilang. Kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka kesedaran situasi yang di aplikasikan pada aplikasi reka bentuk antara muka Android. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Kajian melibatkan tiga orang responden kajian mempunyai pengalaman bekerja lebih 20 tahun dalam bidang penyelenggaraan. Kajian ini menggunakan protokol temu bual sebagai instrumen kajian. Data-data yang telah diperoleh melalui temu bual telah dianalisis dengan kaedah analisis kandungan dan sebanyak enam (6) tema telah dijana. Hasil dapatan kajian menunjukkan kriteria-kriteria yang ada dalam kesedaran situasi membantu pengguna untuk lebih mudah menggunakan aplikasi reka bentuk antara muka yang menggunakan kriteria yang terlibat. Diharapkan hasil kajian ini dapat diaplikasikan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam usaha untuk memaksimumkan kriteria-kriteria kesedaran situasi dalam antara muka aplikasi.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Rosli, Muhammad Mujahid

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Rosli, Muhammad Mujahid. Kesedaran kognitif dalam aplikasi reka bentuk antara muka bagi pemantauan penyelenggaraan. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.