Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mekanisme penentuan hak anak dalam perwarisan harta pusaka Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Abstract

dc:description.abstract

Anak merupakan salah satu waris utama dalam perwarisan harta Islam. Penentuan hak anak dalam pewarisan memerlukan mekanisme khusus iaitu melalui keabsahan nasab dan keabsahan jantina yang seringkali menjadi pertikaian dalam perwarisan harta pusaka. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti mekanisme penentuan hak anak dalam perwarisan harta pusaka Islam, menjelaskan setiap kategori anak, situasi pembahagian, hukum dan hak anak dalam mewarisi harta pusaka, menentukan mekanisme yang sesuai bagi membolehkan anak yang dikategorikan sebagai bukan ahli waris dan ahli waris untuk turut sama mendapat dan menambah baik perwarisan perwarisan harta pusaka dan menganalisis kajian kes melibatkan hak anak dalam perwarisan harta pusaka di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen, temubual, dan kajian kes sebagai sumber data utama. Hasil kajian dapat mengenalpasti dua belas (12) jenis anak beserta hukum perwarisan sama ada berhak mewarisi atau tidak berhak mewarisi. Bagi anak yang tidak berhak mewarisi dan berhak mewarisi satu mekanisme menambah baik perwarisan melalui hibah, wasiat, wasiat wajibah, dan takharuj telah dicadangkan dalam kajian ini. Hasil analisis kajian kes menunjukkan empat (4) kes berkaitan hibah dan wasiat yang melibatkan anak sahaja dibicarakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menunjukkan masyarakat tidak terdedah dengan kaedah perwarisan harta si mati selain daripada faraid. Implikasi kajian menunjukkan mekanisme penentuan hak anak dalam perwarisan ini dapat memberi peluang kepada anak dalam mewarisi harta si mati dan seterusnya dapat menjaga kebajikan mereka.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Kassim, Muhammad Khairul Nizzam

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Kassim, Muhammad Khairul Nizzam. Mekanisme penentuan hak anak dalam perwarisan harta pusaka Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.