Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pemilihan pembiayaan dalam kalangan perusahaan mikro di daerah Pasir Puteh Kelantan

Abstract

dc:description.abstract

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terutama perusahaan mikro menghadapi kesukaran untuk mendapatkan dana luar bagi tujuan pembiayaan perniagaan walaupun sejumlah dana telah diperuntukkan oleh kerajaan sebagai bantuan. Dana yang disalurkan kurang mendapat perhatian daripada pengusaha kerana terdapat sesetengah pengusaha lebih cenderung untuk memilih pembiayaan secara dalaman. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang mempengaruhi kecenderungan mereka dalam pemilihan sumber dana. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pemilihan bentuk pembiayaan dan faktor-faktor dalaman serta luaran yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pemilihan pembiayaan dalam perusahaan mikro di Malaysia. Bagi tujuan ini kaedah kuantitatif digunakan di mana data dikumpul melalui borang kaji selidik yang diedarkan kepada pengusaha perusahaan mikro dari pelbagai sektor di Pasir Puteh Kelantan. Dalam kajian ini, faktor dalaman iaitu ciri-ciri pengusaha serta perusahaan dan faktor luaran yang merangkumi lokasi pembiaya, tahap promosi daripada pembiaya dan prosedur dan dokumentasi pinjaman digunakan bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilihan pembiayaan. Borang soal selidik diedarkan kepada 310 orang responden dan data dianalisa menggunakan analisa SEM AMOS. Hasil kajian menunjukkan pembiayaan dalaman menjadi pilihan utama pengusaha mikro untuk membiayai operasi perusahaan. Selain itu, hasil kajian ini juga mendapati faktor dalaman iaitu pengetahuan pembiayaan luar, jumlah dana dalaman pengusaha, pelan pembangunan perusahaan dan kesanggupan untuk berhutang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pemilihan pembiayaan. Bagi faktor luaran hasil kajian ini mendapati tahap promosi daripada pembiaya, lokasi pembiaya dan prosedur dan dokumentasi pinjaman berhubungan signifikan dengan pemilihan pembiayaan.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Adonia, Siti Azirah

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Adonia, Siti Azirah. Pemilihan pembiayaan dalam kalangan perusahaan mikro di daerah Pasir Puteh Kelantan. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.