Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Domain Latihan Program TVET Bakal Pesara Angkatan Tentera Malaysia

Abstract

dc:description.abstract

Matlamat utama kajian ini adalah untuk menghasilkan Domain latihan program TVET berdasarkan peranan pengajar dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) tenaga pengajar PERHEBAT, Kem Sg Buloh. Untuk mencapai matlamat kajian ini pengkaji telah mengaplikasikan kaedah Sequential Exploratory Design Mix Method sebagai reka bentuk kajian. Menerusi kaedah ini, pengkaji memperoleh data kualitatif melalui temu bual pakar secara soalan terbuka bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan kemudian dianalisis menggunakan kaedah Fliess kappa. Seterusnya dapatan ini digunakan untuk membina pemboleh ubah kajian. Menerusi kajian kualitatif dan kuantitatif yang dijalankan, di mana terdapat lima elemen peranan pengajar telah diperoleh iaitu peranan pengajar sebagai i) Fasilitator, ii) Pembina program, iii) Pengurus program, iv) Kaunselor dan v) Mentor. Manakala pemboleh ubah kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) pula berjumlah sebelas elemen iaitu i) Hubungan perkongsian pengajar dan pelatih, ii) Kesepaduan dalam pembelajaran, iii) Perkongsian pengalaman rakan sebaya, iv) Kesinambungan pembelajaran, v) Persiapan mental, vi) Pengalaman situasi sebenar, vii) Pembelajaran bantuan multimedia, viii) Pembelajaran dirasai bermanfaat, xv) Pembelajaran tanpa tekanan dan paksaan, x) Pelajar terlibat aktif dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan akhir sekali xi) Pembelajaran kendiri. Elemenelemen yang diperoleh dari kajian ini digunakan untuk membangunkan Domain Latihan program TVET Bakal Pesara Angkatan Tentera.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mat Din, Azinuddin

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mat Din, Azinuddin. Domain Latihan Program TVET Bakal Pesara Angkatan Tentera Malaysia. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.