Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tahap kesedian pensyarah politeknik terhadap pengajaran dan pembelajaran berasaskan industri 4.0

Abstract

dc:description.abstract

Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) bukan sahaja mengubah lanskap sektor industri, tetapi juga membawa perubahan yang besar kepada sektor pendidikan terutamanya bagi Pendidikan Tinggi. Perubahan tersebut termasuklah perubahan dari segi pedagogi, kemahiran, serta teknologi yang berkaitan dengan pendidikan. Namum begitu, timbul persoalan sama ada pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi, seperti politeknik, telah bersedia untuk menerapkan elemen IR 4.0 dalam proses pengajaran mereka. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap kesediaan pensyarah politeknik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan IR 4.0 dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap serta mengkaji perbezaan di antara ketiga-tiga aspek tersebut berdasarkan jantina pensyarah. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan di mana seramai 222 orang pensyarah dari tiga buah Politeknik di Negeri Johor telah dipilih sebagai responden kajian. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan data kajian daripada responden. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan pensyarah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap adalah sederhana. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga aspek yang dikaji antara pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan. Kesimpulannya, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap pensyarah politeknik supaya mereka lebih bersedia untuk menerapkan elemen IR 4.0 dalam proses pengajaran dan seterusnya melahirkan graduan yang berkualiti serta memenuhi kehendak indusri.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Chundran, Usha

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Chundran, Usha. Tahap kesedian pensyarah politeknik terhadap pengajaran dan pembelajaran berasaskan industri 4.0. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.