Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keberkesanan penggunaan kit pengajaran sistem bekalan air domestik (SisBAD) bagi subjek kerja paip domestik di sekolah harian bagi negeri Johor

Abstract

dc:description.abstract

Dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan, media pengajaran memainkan peranan yang penting bagi mencapai matlamat pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk, membangunkan dan seterusnya menguji keberkesanan Kit Pengajaran SisBAD sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar bagi mata pelajaran Kerja Paip Domestik. Dua buah sekolah dipilih secara persampelan bertujuan sebagai sampel kajian iaitu 25 orang pelajar MPV Tingkatan 4, SMK Bandar T6, Kluang dan 25 orang pelajar MPV Tingkatan 4, SMK Taman Daya, Johor Bahru. Reka bentuk kajian ialah kuasi experimen yang melibatkan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menggunakan Kit Pengajaran SisBAD yang dibangunkan manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik dan set ujian. Borang soal selidik terdiri daripada 3 konstruk di mana analisis dapatan kuantitatif dilakukan secara deskriptif manakala analisis dapatan inferensi iaitu ujian-t berpasangan dilakukan pada set ujian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan antara kumpulan rawatan yang menggunakan Kit Pengajaran SisBAD dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional. Secara kesimpulannya didapati bahawa penggunaan Kit Pengajaran SisBAD dalam pdpc dapat meningkatkan pencapaian pelajar bagi subjek Kerja Paip Domestik

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mat Saat, Shaipul Nahar

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mat Saat, Shaipul Nahar. Keberkesanan penggunaan kit pengajaran sistem bekalan air domestik (SisBAD) bagi subjek kerja paip domestik di sekolah harian bagi negeri Johor. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.