Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Sikap keusahawanan dalam kalangan pelajar teknologi mekanikal kolej vokasional di Lembah Klang

Abstract

dc:description.abstract

Masih ramai pelajar tahun akhir di Institut Pengajian Tinggi yang belum membuat persiapan untuk menceburi bidang keusahawanan walaupun bilangan graduan yang masih menganggur ramai di alam pekerjaan. Masalah pengangguran pada masa kini boleh diatasi dengan menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan yang memberikan peluang yang cerah bagi menjana pendapatan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sikap keusahawanan pelajar Teknologi Mekanikal kolej vokasional menceburi bidang keusahawanan. Sampel kajian terdiri daripada 274 orang pelajar semester 4 diploma di enam buah kolej vokasional iaitu KV Sungai Buloh, KV Klang, KV Shah Alam, KV Setapak, KV Sultan Abdul Samad Banting dan KV Kajang. Kajian ini adalah berbentuk penyelidikan tinjauan yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu peratus dan frekuensi, ujian Mann Whitney U dan ujian Kruskall Wallis dan Korelasi Spearman rho. Dapatan kajian bagi objektif pertama menunjukkan sikap suka membantu merupakan sikap keusahawanan yang paling mempengaruhi kecenderungan menceburi bidang keusahawanan. Dapatan kajian bagi objektif kedua mendapati tidak wujud perbezaan di antara jantina pelajar lelaki dan.pelajar perempuan. Bagi objektif kajian yang ketiga, dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan di antara program-program di bawah Jabatan Teknologi Mekanikal. Dapatan kajian bagi objektif keempat menunjukkan tidak wujud perbezaan di antara kolej-kolej vokasional di Lembah Klang. Bagi analisis korelasi iaitu objektif yang kelima dalam kajian ini terdapat hubungan yang kuat dan positif di antara sikap keusahawanan dengan kecenderungan menceburi bidang keusahawanan. Kata kunci : Sikap, Keusahawanan, Kecenderungan Menceburi Bidang Keusahawanan

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Zainol Ashaari, Muhamad Hafiz

Subjects

dc:subject × 2

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Zainol Ashaari, Muhamad Hafiz. Sikap keusahawanan dalam kalangan pelajar teknologi mekanikal kolej vokasional di Lembah Klang. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.