Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keberkesanan model "elektromagnetik trip" sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) bagi subjek pendawaian elektrik

Abstract

dc:description.abstract

Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) merupakan keperluan dan kelengkapan yang digunakan untuk membantu guru dalam penyampaian dan pemahaman maklumat. Satu model “Elektromagnetik Trip” telah dibangunkan untuk membantu guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan Model “Elektromagnetik Trip” sebagai ABBM bagi kursus Pendawaian Elektrik di dua buah Kolej Vokasional (KV). Selain itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti persepsi pelajar terhadap ABBM yang digunakan. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuasi eksperimental. Kajian ini dibuat di KV Setapak Kuala Lumpur (KVS) dan KV Kuala Klawang Negeri Sembilan (KVKK). Kajian ini melibatkan dua kumpulan pelajar iaitu Kumpulan Rawatan (KR) dan Kumpulan Kawalan (KK). Setiap kumpulan terdiri daripada 33 orang sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pencapaian pra dan ujian pencapaian pos bagi melihat keberkesanan Model „Elektromagnetik Trip‟. Borang soal selidik juga digunakan untuk melihat persepsi pelajar terhadap ABBM yang digunakan. Data kajian dianalisis menggunakan statistik berbentuk inferensi ANCOVA dan MANOVA. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian di antara KR dan KK . Persepsi pelajar adalah positif terhadap reka bentuk, mesra pengguna, kebolenhfungsian dan penerimaan serta keselamatan model „Elektromagnetik Trip‟. Secara kesimpulannya penggunaan model „Elektromagnetik Trip‟ dalam PdPc dapat meningkatkan pencapaian pelajar bagi subjek Pendawaian Elektrik.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Jamaat, Azman

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Jamaat, Azman. Keberkesanan model "elektromagnetik trip" sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) bagi subjek pendawaian elektrik. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.