Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Ujaran berimplikatur dalam teks Sulalatus Salatin

Abstract

dc:description.abstract

Kajian tentang teks Sulalatus Salatin telah banyak dilakukan tetapi fokus kajian lebih kepada pemikiran yang terkandung dalam teks tersebut. Kajian yang berkaitan dengan ujaran berimplikatur dan nilai Melayu dalam ujaran menggunakan data korpus ini masih belum diteroka. Kelompangan tersebut diisi melalui kajian ini. Kajian Kualititatif ini menggunakan Teori Relevans (TR) sebagai landasan dan menjadikan data korpus sebagai data primer. Data diperoleh daripada teks Sulalatus Salatin yang diselenggara oleh A. Samad Ahmad. Semua ujaran berimplikatur yang ditemukan dalam teks yang mengandungi 15 bab ini dikategorikan mengikut medan makna dengan menggunakan perisian Atlas.ti. Medan makna yang dibentuk ialah Kesetiaan, sindiran, perbandingan, permintaan, kehebatan, optimis, ancaman, kekecewaan, kesedaran, ketidakpastian, tuah dan kemesraan. Daripada 217 ujaran berimplikatur yang ditemui, 21.6 peratus terletak di bawah medan makna kesetiaan, 16.3 peratus sindiran, 13.4 peratus perbandingan, 10.6 peratus permintaan, 9.7 peratus kehebatan, 7.8 peratus optimis, 7.4 peratus ancaman, 5.1 peratus kekecewaan, 3.2 peratus kesedaran, 2.7 peratus ketidakpastian, 1.8 peratus tuah dan 0.5 peratus kemesraan. Daripada data, ujaran berimplikatur yang digunakan oleh orang Melayu untuk menunjukkan kesetiaan adalah tinggi berbanding dengan yang lain. Proses pencarian makna sebenar melibatkan proses kognitif dan proses ini dipandu oleh TR. Pemanfaatan konsep ad peluasan dan Rangka Rujuk Silang (RRS) terbukti dapat membantu pendengar menyelesaikan masalah kekaburan makna dalam ujaran yang disampaikan. Di samping itu, kajian ini juga mendapati penggunaan ujaran berimplikatur mempunyai dua tujuan iaitu tujuan positif dan negatif. 75 peratus mempunyai tujuan positif dan 25 peratus negatif. Kajian juga mendapati, dalam ujaran berimplikatur terdapat nilai Melayu seperti nilai taat setia, nilai hormat, nilai akauntabiliti dan integriti dan nilai maruah. Kajian ujaran berimplikatur ini memberi petunjuk bahawa orang Melayu bersifat kreatif dan peka kepada persekitaran ketika menyampaikan ujaran.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2017

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Anis, Mohd Aris

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Anis, Mohd Aris. Ujaran berimplikatur dalam teks Sulalatus Salatin. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2017.