Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kerangka konsep pembelajaran aktif berasaskan teknologi (PABT) bagi Pelajar TVET Jurusan Kejuruteraan di Universiti Teknikal

Abstract

dc:description.abstract

Negara berhadapan kekurangan tenaga kerja mahir industri berteknologi tinggi, disebabkan oleh slah satu faktor graduan kurang menguasai bidang kejuruteraan dan kemahiran kebolehkerjaan dalam persekitaran berteknologi tinggi. kajian ini bertujuan untuk membangunankan kerangka konsep Pembelajaran Aktif Berasaskan Teknologi (PABT) daripada doamin dan elemen-elemen yang dikenal pasti bagi menghasilkan graduan kejuruteraan yang berkualiti dan mempunyai kemahiran kebolehkerjaan yang tinggi. eka bentuk kajian yang digunakan ialah Kaedah Bercampur Penerokaan Berjujukan yang melibatkan kaedah kualitatif (temu Bual) dan kuantitatif (soal selidik) serta dilaksanakan di Malaysian Technical Unversity Network (MTUN). Pada fasa pertama, kaedah analisis dokumen dan temu bual berhadapan 5 orang panel pakar yang berpengalaman dalam pembangunan akademik di MTUN. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tema untuk memperoleh tema-tema dan dianalisis dengan konsensus kesepakatan persetujuan melalui nilai pekali Fleiss's kappa bagi mendapat persetujuan daripada panel pakar yang terlibat. Manakala bagi fasa kedua, kajian tinjauan melalui set soal selidik diedarkan kepada 678 orang pelajar tahun akhir dalam bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam di MTUN. Model pengukuran Rasch menggunakan perisian Winsteps untuk mendapatkan kebolehpercayaan, kesahan dan mengetahui kesesuaian domain dan elemen PABT dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian menerusi temu bual memperoleh 5 domain dan 59 elemen. Tetapi setelah konsenses kesepakatan persetujuan bersama panel pakar mendapati 5 domain dan 46 elemen. Manakala hasil dapatan menerusi kajian tinjauan daripada soal selidik menunjukkan terdapat 5 domain iaitu pebelajaran teradun, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran amali, pembelajaran interaktif dan pembelajaran dalam talian dan 39 elemen yang sesuai untuk kajian ini. Selain itu, penguji dan pengesahan doamin dan elemen menggunakan Analisis Komponen Utma (PCA) turut dilakukan bagi menghasilkan kerangka konsep PABT dala bentuk grafik. Hasil kerangka konsep PABT ini dapat dijadikan rujukan dalam membent meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran pelajar ke arah penguasaan teknologi yang lebih berkesan.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2020

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Hassan, Nur Farha

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Hassan, Nur Farha. Kerangka konsep pembelajaran aktif berasaskan teknologi (PABT) bagi Pelajar TVET Jurusan Kejuruteraan di Universiti Teknikal. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2020.