Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pengurusan risiko bencana banjir untuk fasa pencegahan di hospital kerajaan negeri Kelantan

Abstract

dc:description.abstract

Permasalahan kajian ini adalah menentukan kelemahan pengurusan risiko bencana banjir pada fasa pencegahan di hospital kerajaan. Kelemahan ini telah memberikan kesan kepada pengurusan dari segi fizikal seperti kerosakan struktur bangunan, peralatan perubatan dan bukan perubatan. Kelemahan ini juga turut memberi gangguan kepada infrastruktur hospital (elektrik, air bersih, gas perubatan, komunikasi) seterusnya memberi kesan kepada perkhidmatan harian hospital. Kajian ini bermatlamat membangunkan kerangka kerja pengurusan risiko bencana banjir untuk fasa pencegahan di hospital-hospital kerajaan. Kajian ini dijalankan di negeri Kelantan. Lapan responden dipilih melalui kaedah pensampelan bertujuan untuk pengumpulan data kualitatif (temubual mendalam). Kaedah kualitatif (temubual) digunakan untuk mencapai objektif pertama kajian. Selain itu, 172 responden dipilih melalui kaedah pensampelan snow ball untuk pengumpulan data kuantitatif (soal selidik) bagi mencapai objektif kedua kajian. Analisis kandungan digunakan untuk data kualitatif dan analisis data deskriptif dan inferensi diaplikasi bagi data kuantitatif. Hasil daripada temubual mendapati bahawa kaedah pencegahan telah dikenal pasti melalui kaedah struktur dan bukan struktur. Manakala hasil kajian melalui soal selidik juga diperolehi daripada kaedah bukan struktur dengan membuat penilaian terhadap pengetahuan, sikap dan amalan. Hasil kajian daripada soal selidik mendapati bahawa, pengetahuan terhadap Radio Amatur dan tanda T perlu diberi pendedahan kepada kakitangan dalaman hospital. Selain itu, latihan komunikasi dan penggunaan nama panggilan call sign perlu dipertingkatkan lagi dalam kalangan kakitangan dalaman hospital untuk persiapan banjir pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, boleh dirumuskan bahawa kaedah terbaik yang diperolehi melalui kaedah struktur dan bukan struktur menghasilkan kerangka kerja pengurusan risiko bencana banjir untuk fasa pencegahan. Penghasilan kerangka kerja ini bertujuan untuk mengurangkan risiko bencana banjir di hospital kerajaan di Kelantan.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Yusoff, Noor Ain

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Yusoff, Noor Ain. Pengurusan risiko bencana banjir untuk fasa pencegahan di hospital kerajaan negeri Kelantan. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.