Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pengaruh media sosial terhadap hubungan antara keperibadian jenama dan perilaku Pengundi Pilihan Raya Presiden Indonesia

Abstract

dc:description.abstract

Perilaku pengundi pelajar menyumbang kepada pilihanraya di Indonesia. Namun begitu, perilaku pengundi boleh terjejas jika tiada penekanan diberikan kepada faktor perilaku. Faktor perilaku yang mempengaruhi perilaku pengundi ialah pilihan rasional. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana faktor ini mempengaruhi perilaku pengundi iaitu pelajar. Kajian ini menguji pengaruh media sosial terhadap keperibadian jenama; pengaruh media sosial terhadap perilaku pengundi; pengaruh keperibadian jenama terhadap perilaku pengundi dan pengaruh keperibadian jenama sebagai mediator terhadap hubungan antara media sosial dengan perilaku pengundi. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Media Sosial Andreas Kaplan & Michael Haenlein (2010); Teori Keperibadian Jenama Aaker (1997) dan Teori Perilaku Pengundi Anthony Downs (1957). Seramai 322 orang pelajar daripada tiga buah universiti di zon barat Indonesia telah dipilih sebagai responden kajian ini. Alat-alat pengukuran yang digunakan dalam kajian ini adalah MS (Media Sosial), KJJ (Keperibadian Jenama Jokowi) dan PP (Perilaku Pengundi). Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi merangkumi regresi mudah, regresi berganda dan regresi berhierarki menggunakan perisian ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) versi 20. Hasil dapatan kajian menunjukkan media sosial Facebook memberikan pengaruh yang signifikan kepada keperibadian jenama manakala dimensi media sosial Twitter tidak memberikan pengaruh yang signifikan. Facebook memberikan pengaruh yang signifikan kepada tiga dimensi keperibadian jenama iaitu keikhlasan, keseronokan dan kecekapan Jokowi, manakala dimensi kecanggihan dan kekasaran tidak memberikan pengaruh yang signifikan. Seterusnya keperibadian jenama dimensi keikhlasan dan kecanggihan memberikan pengaruh yang signifikan terhadap pilihan rasional pelajar, berbanding dengan tiga dimensi keperibadian jenama yang tiada pengaruh signifikan. Dapatan kajian yang terpenting mendapati keperibadian jenama berfungsi sebagai mediator antara media sosial dan perilaku pengundi pilihan raya presiden Indonesia. Hasil dapatan kajian ini dicadangkan supaya tumpuan diberikan kepada kemantapan media sosial dan keperibadian jenama Jokowi dalam kalangan pelajar agar perilaku pengundi pelajar dapat dipertingkatkan. Kajian ini juga diharapkan boleh menjadi rujukan kepada calon-calon pilihan raya dalam usaha menggalakkan peningkatan jumlah pengundi pilihan raya dalam kalangan universiti.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2020

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Lestari, Linayati

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Lestari, Linayati. Pengaruh media sosial terhadap hubungan antara keperibadian jenama dan perilaku Pengundi Pilihan Raya Presiden Indonesia. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2020.