Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Campuran abu kulit kupang (Perna Veridis) sebagai bahan gantian separa simen di dalam konkrit

Abstract

dc:description.abstract

Abu kulit kupang (Perna veridis) merupakan bahan buangan yang berpotensi untuk di gunakan di dalam sektor pembinaan misalnya sebagai bahan gantian separa simen seperti di dalam kajian ini. Di peringkat awal kajian, ujian pencirian abu kulit kupang seperti X-Ray fluorescene (XRF), ujian masa pengerasan, taburan saiz partikel (PSD), graviti tentu, scanning electron microscope (SEM) dan analisis ayakan telah dilakukan. Kemudian, konkrit telah dibancuh dengan kadar penggantian abu kulit kupang sebagai bahan gantian separa simen sebanyak 0%, 3%, 5% dan 7% dengan gred sasaran 35 MPa pada usia 28 hari dan di awet di dalam air selama 7, 28 dan 60 hari. Hasil kajian ini, didapati nilai graviti tentu bagi abu kulit kupang ialah 2.82 g/cm3 dan ujian XRF menunjukkan kandungan kalsium oksida (CaO) di dalam abu kulit kupang (71.5%) adalah lebih tinggi berbanding simen Portland biasa (57.2%). Masa pengerasan awal dan akhir bagi campuran pes menjadi semakin singkat apabila peratus campuran abu kulit kupang bertambah. Berdasarkan pemerhatian dari analisis mikrostruktur, ujian SEM mendapati bahawa terdapat pertambahan kandungan CH yang ketara seiring dengan pertambahan peratusan gantian. Seterusnya, ujikaji kekuatan (kekuatan mampatan dan kekuatan tegangan) dan ketahanlasakan (serapan air, keliangan dan serapan kapilari) dilakukan kepada semua sampel konkrit campuran dan telah dianalisis dari segi korelasi. Didapati, abu kulit kupang amat mempengaruhi kekuatan dan ketahanlasakan konkrit terutamanya bagi campuran konkrit dengan 3% abu kulit kupang (S3) sebagai gantian separa simen.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Wan Mohammad, Wan Ahmad Soffian

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Wan Mohammad, Wan Ahmad Soffian. Campuran abu kulit kupang (Perna Veridis) sebagai bahan gantian separa simen di dalam konkrit. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.