Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pemilihan kerjaya pelajar tingkatan 6 atas di sekolah menengah kluster di Kelantan

Abstract

dc:description.abstract

Setiap individu berkehendakkan suatu kerjaya yang dapat menjamin kehidupan pada masa hadapan. Pemilihan kerjaya bukanlah suatu perkara yang mudah dan seseorang itu lazimnya akan dipengaruhi oleh pengetahuan serta faktor-faktor yang ada di persekitarannya semasa proses pemilihan kerjaya itu berlaku. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti minat kerjaya pelajar berdasarkan personaliti Holland, perbezaan minat kerjaya antara jantina, pendedahan dan faktor�faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 136 orang pelajar daripada Tingkatan 6 Atas di sekolah-sekolah menengah kluster di Kelantan. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Semua data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Hasil kajian mendapati pelajar-pelajar ini cenderung kepada jenis personaliti Sosial. Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan minat kerjaya antara pelajar lelaki dan perempuan. Pendedahan yang mereka terima di sekolah adalah pada tahap yang memberangsangkan dimana pihak sekolah sentiasa memberikan maklumat mengenai kerjaya kepada pelajar. Keputusan kajian juga mendapati bahawa faktor minat merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar dalam membuat pemilihan kerjaya.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2014

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Zaib, Zairoslawanee

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Zaib, Zairoslawanee. Pemilihan kerjaya pelajar tingkatan 6 atas di sekolah menengah kluster di Kelantan. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2014.