Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Critical success factor bagi program keusahawanan di jabatan perdagangan politeknik

Abstract

dc:description.abstract

Konsep Critical Success Factor berkait rapat mengenai pengurusan dalam mencapai misi dan matlamat perniagaan dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji empat elemen Critical Success Factor di Jabatan Perdagangan Politeknik seterusnya melihat kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Kajian jenis kuantitatif ini telah dibuat ke atas pensyarah di Jabatan Perdagangan Politeknik bagi zon Utara. Seramai 190 sampel kajian yang terlibat dalam penyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik. Antara enam buah politeknik di zon Utara yang terlibat dalam penyelidikkan ini adalah Politeknik Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Perlis, Politeknik Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kedah, Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah, Kedah, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, Politeknik Ungku Omar, Perak dan Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak. Data yang diperolehi dianalisis mendapati nilai skor min bagi ketiga-tiga persoalan kajian iaitu, mengenalpasti elemen Critical Success Factor yang digunakan, cabaran dalam usaha melaksanakan elemen Critical Success Factor dan mengenalpasti tahap kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan adalah tinggi. Manakala bagi persoalan kajian keempat iaitu mencari hubungan korelasi Pearson antara elemen Critical Suceess Factor dengan kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan adalah berada pada tahap lemah, sekaligus menunjukkan Ho tidak diterima. Kesimpulannya, elemen Critical Success Factor ini memainkan peranan dalam pembentukkan organisasi yang berkesan supaya pembentukan matlamat dan objektif tercapai

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2014

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mat Mom, Siti Khadijah

Subjects

dc:subject × 2

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mat Mom, Siti Khadijah. Critical success factor bagi program keusahawanan di jabatan perdagangan politeknik. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2014.