Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kompetensi guru bukan opsyen yang mengajar kemahiran teknikal di Kolej Vokasional Negeri Pahang

Abstract

dc:description.abstract

Bagi melahirkan lebih ramai tenaga yang mahir dan separa mahir guru merupakan tenaga pengajar yang perlu mempunyai tahap kecekapan yang tinggi dari segi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kompetensi guru dalam pengajaran amali. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pengajaran kemahiran teknikal di kolej vokasional, mengenalpasti perbezaan jantina berdasarkan pengetahuan dalam proses pengajaran kemahiran teknikal dan mengenalpasti perbezaan dari segi kemahiran berdasarkan pengalaman guru dalam proses pengajaran kemahiran teknikal. Kajian tinjauan diskriptif ini menggunakan borang soal selidik berskala Likert 5 mata sebagai instrumen. Seramai 59 orang guru yang dipilih secara sampel bertujuan yang merupakan guru yang mengajar kemahiran teknikal di kolej vokasional di Negeri Pahang. Data-data dianalisis menggunakan perisian Winsteps 3.69.1.1 dengan pendekatan Model Pengukuran Rasch bagi mendapatkan nilai skor min dan min logit. Hasil analisis mendapati tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pengajaran kemahiran teknikal berada pada tahap tinggi. Analisis juga mendapati terdapat perbezaan pengetahuan guru berdasarkan jantina dan terdapat juga perbezaan kemahiran guru berdasarkan pengalaman mengajar. Pengkaji berharap hasil kajian dapat membantu Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk meningkatkan lagi kompetensi guru terutamanya melibatkan pengajaran amali bengkel

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2014

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Abu Hassan, Roslan

Subjects

dc:subject × 2

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Abu Hassan, Roslan. Kompetensi guru bukan opsyen yang mengajar kemahiran teknikal di Kolej Vokasional Negeri Pahang. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2014.