Back to search

Universiti Tun Hussein Malaysia

Keperluan program persediaan penempatan guru teknikal di kawasan pedalaman

Abstract

dc:description.abstract

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025 dilaksanakan bagi mengurangkan jurang dan kekurangan dalam pendidikan agar pendidikan yang berkualiti di Malaysia dapat dicapai. Selain itu, matlamat untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran juga merupakan salah satu matlamat yang ingin dicapai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, keupayaan dan kesediaan para guru diambilkira bagi merealisasikan matlamat penambahbaikan sistem pendidikan Malaysia. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji keperluan program persediaan penempatan guru teknikal di kawasan pedalaman. Kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan. Data diperolehi melalui borang soal selidik yang dijawab oleh pelajar semester akhir sarjana muda dan pelajar sarjana Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Data mentah dianalisis dalam berbentuk deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan pelajar terhadap penerimaan penempatan di kawasan pedalaman adalah tinggi. Namun, mereka masih memerlukan pengaruh luaran bagi meningkatkan lagi tahap kesediaan penerimaan penempatan di kawasan pedalaman. Analisis perbezaan antara pelajar sarjana muda dan pelajar sarjana menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (nilat t= 1.22 dan nilai p > 0.05) terhadap tahap kesediaan penerimaan penempatan di kawasan pedalaman. Antara isi program yang diperlukan ialah pengalaman awal beraktiviti, bersosial, penyediaan bahan pengajaran dan penerokaan di kawasan pedalaman. Malah ia perlu dijalankan selama lebih dari satu minggu sebelum mereka betul-betul pergi bertugas di kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun, kajian mendapati program persediaan penempatan di kawasan pedalaman masih diperlukan oleh bakal guru sekiranya mereka mendapat penempatan di sana.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Malaysia
Year dc:date.issued
2014

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Supian, Nazirah

Subjects

dc:subject × 2

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Supian, Nazirah. Keperluan program persediaan penempatan guru teknikal di kawasan pedalaman. masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia, 2014.