Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Faktor yang mendorong kecenderungan pelajar kolej vokasional ke arah bidang keusahawanan
Abstract
dc:description.abstractMasih ramai graduan yang menganggur walaupun sudah beberapa tahun menamatkan pengajian di IPT. Masalah pengangguran pada masa kini boleh diatasi dengan menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya mantap yang memberikan peluang berpotensi tinggi potensi untuk diterokai. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor yang mendorong kecenderungan pelajar KV ke arah bidang keusahawanan. Terdapat empat faktor yang difokuskan dalam kajian ini iaitu faktor kemahiran, sikap, latar belakang pendidikan dan latar belakang keluarga. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang pelajar semester 3 di tiga buah KV iaitu KV Puteri, KV Chenor dan KV Temerloh. Kajian ini adalah berbentuk penyelidikan deskriptif dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu skor min dan korelasi Pearson menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 18.0. Dapatan menunjukkan skor min bagi faktor kemahiran, sikap dan latar belakang pendidikan pada tahap tinggi iaitu masing-masing 4.02, 4.04 dan 3.93. Manakala bagi faktor latar belakang keluarga menunjukkan skor min yang sederhana iaitu 2.78. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara latar belakang keluarga dengan kemahiran keusahawanan. Sebagai kesimpulan, faktor kemahiran, sikap dan latar belakang pendidikan mempengaruhi kecenderungan keusahawanan pelajar pada tahap tinggi, manakala faktor latar belakang keluarga hanya mempengaruhi kecenderungan keusahawanan pelajar pada tahap sederhana. Kata kunci : Keusahawanan , kemahiran, sikap, latar belakang pendidikan dan latar belakang keluarga
Degree
thesis:*- Name dc:type.qualificationname
- mphil
- Level dc:type.qualificationlevel
- masters
- Grantor dc:publisher.institution
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Year dc:date.issued
- 2014
Author and committee
dc:creator, dc:contributor.*- Author dc:creator
-
- Miaat, Eriniwati Aliza
Subjects
dc:subject × 2Rights
- Language dc:language
- en