Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pengekalan dan kejayaan pelajar kejuruteraan di rangkaian Universiti Teknikal Malaysia : satu kajian kes

Abstract

dc:description.abstract

Pelajar kejuruteraan memasuki universiti dengan pengetahuan yang terhad tentang strategi yang diperlukan untuk mereka kekal bertahan dalam program pengajian kejuruteraan. Masalah ini mengakibatkan penyediaan graduan dalam bidang kejuruteraan tidak dapat dibekalkan selari dengan keperluan sektor perindustrian negara. Kajian ini bertujuan untuk meneroka motivasi yang mempengaruhi pelajar untuk kekal dan berjaya dalam program pengajian kejuruteraan. Aspek motivasi yang dikaji adalah konatif dan motivasi ekstrinsik. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes yang melibatkan temu bual semi berstruktur sebagai strategi mendapatkan data. Informan kajian melibatkan 24 orang pelajar tahun akhir dari tiga buah fakulti kejuruteraan iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal melibatkan empat buah rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) iaitu UTHM, UTeM, UMP dan UniMAP. Data dianalisis menggunakan pendekatan tematik bagi membangunkan tema utama untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menemui empat tema bagi aspek konatif iaitu keinginan, daya usaha inventif, inisiatif dan kegigihan. Bagi aspek motivasi ekstrinsik pula hasil dapatan menemui tiga tema iaitu manusia, program pengajian dan insentif. Kajian ini menyumbang kepada penambahbaikan terhadap model kejayaan pelajar kejuruteraan serta memberikan maklumat kepada pelajar, pensyarah dan fakulti kejuruteraan tentang karakteristik yang diperlukan untuk pelajar berjaya dalam program pengajian kejuruteraan.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2020

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mohamed Yunus, Nur Hidayah

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mohamed Yunus, Nur Hidayah. Pengekalan dan kejayaan pelajar kejuruteraan di rangkaian Universiti Teknikal Malaysia : satu kajian kes. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2020.